Penerangan
24 Mei 2024 - Dearah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Yan, Sik dan Kulim, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Bandar Baru Darulaman , Kawasan Perindustrian Jabi, Sungai Tengas, Sungai Buluh, Mahang Sedim, Labu Besar, Karangan, Kulim Hi-Tech, Kuala Nerang, Loji Rawatan Air (LRA) dan kawasan tapak pembinaan semasa cuti mingguan.
Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS.
Beberapa kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku, banner larangan aktiviti tersebut juga telah dipasang sebagai langkah pencegahan dan peringatan.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.