Penerangan
23 Mei 2024, Langkawi, Kedah.
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Langkawi telah dijemput oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Unit Langkawi) untuk menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan buangan terjadual. Puan Norafiza binti Halim, Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Cawangan Langkawi telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan pengurusan buangan terjadual mengikut kaedah yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Dalam program tersebut juga diadakan aktiviti pameran dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Sebanyak 20 orang warga kerja IWK (Unit Langkawi) hadir dalam program tersebut.
Pihak JAS Kedah merakamkan penghargaan kepada pihak IWK Langkawi atas jemputan tersebut. Semoga usaha ini diteruskan oleh pihak IWK Langkawi pada masa akan datang dalam melestarikan alam sekitar.