20 Mei 2024 - Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap, Kedah
Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan penglibatan dua (2) cawangan iaitu JAS Cawangan Kulim dan JAS Cawangan Sungai Petani telah berjaya menjalankan Ops Gempur Air - Bilangan 5 Tahun 2024 yang melibatkan tiga (3) daerah telah berakhir pada jam 4.00 petang.
Pemeriksaan difokuskan kepada pematuhan terhadap premis-premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Perincian dapatan daripada operasi ini boleh dirujuk didalam infografik yang disediakan. JAS Negeri Kedah sentiasa serius dan komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
2. E-mel ke
[email protected] ; dan
3. Portal Aduan https://
[email protected].