Penerangan
15 Mei 2024, Alor Setar – Seorang pelajar yang menjalani Latihan Industri di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah iaitu Cik Atirah binti Zakaria dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menjalankan sesi pembentangan tugasan pada hari ini.
Turut sama hadir dalam sesi pembentangan ini adalah Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Kedah, Encik Mohd Nazri bin Ramli dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah, Puan. Ts. Nurhani binti Zulkifli.
Selain sesi pembentangan ini, Pn. Ts. Nurhani binti Zulkifli juga telah berkesempatan untuk mengadakan lawatan ringkas di sekitar pejabat khususnya di kawasan Perpustakaan Enviro Digital@JAS Kedah dan Galeri Alam Sekitar. Perbincangan juga telah diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan diantara pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Muádzam Shah dan JAS Kedah yang melibatkan program-program kesedaran alam sekitar.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Ts. Nurhani binti Zulkifli di atas kunjungan ke Jabatan ini dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Atirah binti Zakaria kerana telah memberikan kerjasama dan prestasi yang baik sepanjang berada di JAS Kedah. Selamat maju jaya di dalam bidang diceburi.