PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

JAS siasat punca Sungai Padang Terap tercemar bahan merah

DOE Kedah 25/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS siasat punca Sungai Padang Terap tercemar bahan merah
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/05/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah  menyiasat punca kejadian menyebabkan Sungai Padang Terap di Kepala Batas dekat Alor Setar tercemar dengan bahan berwarna merah.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya menerima aduan mengenai pencemaran itu daripada pihak media pada 9.10 pagi yang memaklumkan bahawa bahan berkenaan mengeluarkan bau busuk.“Pasukan siasatan telah dikerah ke sungai berkenaan dan menyusuri punca pencemaran. Siasatan mendapati, pencemaran berpunca daripada pelepasan dari longkang sebuah fasiliti di lokasi berkenaan.“Sampel bahan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,?? katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, JAS Kedah mengarahkan pihak fasiliti untuk menjalankan pembersihan longkang dan sungai itu dan mereka bersetuju.

Katanya, pihak fasiliti juga akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan akan mengemukakan laporan kepada JAS Kedah.

“Kita juga telah mengarahkan mereka untuk menyimpan sisa pembersihan berkenaan buat sementara waktu bagi menentukan jenis bahan yang dilepaskan,?? katanya.

“Sekiranya bahan berkenaan berada dalam kategori Buangan Terjadual, pihak fasiliti akan diarah untuk melupuskannya hanya di premis yang dilesenkan oleh JAS.??

Sharifah Zakiah menasihatkan orang ramai tidak menghampiri atau melakukan sebarang kegiatan di kawasan berkenaan buat sementara waktu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan