PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS NEGERI KEDAH PANTAU PENCEMARAN PADA HARI CUTI MINGGUAN 11 MEI 2024

DOE Kedah 25/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS NEGERI KEDAH PANTAU PENCEMARAN PADA HARI CUTI MINGGUAN 11 MEI 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/05/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

11 Mei 2024 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang dan Yan Pada hari cuti mingguan, pasukan penguatkuasa JAS Negeri Kedah meneruskan tanggungjawab menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Mergong Barage, Kawasan Perindustrian Jabi, Kawasan Perindustrian Ringan Pendang, tapak kuari, Loji Rawatan Air (LRA), tapak pelupusan sisa pepejal, tapak pembinaan serta kawasan sering terima aduan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan