Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PELAKSANAAN AUDIT PERJAWATAN ORGANISASI (APO) TAHUN 2024 DI JABATAN ALAM SEKITAR
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 25/05/2024
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan>kelantan
Penerangan
7 Mei 2024, Kelantan - Satu lawatan ke tapak projek bagi cadangan pembangunan ladang hutan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 telah diadakan bagi tujuan audit perjawatan organisasi tahun 2024 yang dihadiri oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Lawatan ini telah dihadiri oleh Pengarah Pentadbiran, Pengarah Bahagian Penilaian, pegawai kanan JAS Ibu Pejabat & JAS Negeri Kelantan.
Mesyuarat bersama pihak JPA bagi membincangkan perkara berkaitan audit tersebut telah berlangsung di JAS Negeri Kelantan dan telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS Ibu Pejabat.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama