15 Mei 2024, MELAKA – Bahagian Operasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 5/2024 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT), Premis Yang Ditetapkan (PYDT) dan Loji Rawatan Air (LRA) daripada 14 hingga 15 Mei 2024.
Ops Gempur ini dianggotai seramai 15 orang pegawai penguatkuasa dari Bahagian Operasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Sembilan (9) premis telah dijalankan penguatkuasaan yang membawa kepada 9 Arahan di Lapangan, 3 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun dan 4 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Terdapat premis yang dikenakan lebih dari satu tindakan kerana telah melakukan pelbagai kesalahan. Tindakan yang diambil adalah bagi memastikan langkah pembaikan diambil oleh premis kearah pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam adalah dialu-alukan untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka