PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN

DOE Kedah 23/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
23/05/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

03 Mei 2024 - Dearah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan dan Sik, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya kawasan Industri Bukit Kayu Hitam, Darulaman Park, Jabi, Kuala Nerang, Loji Rawatan Air (LRA) dan kawasan tapak pembinaan semasa cuti mingguan. Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Beberapa kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku, banner larangan aktiviti tersebut juga telah dipasang sebagai langkah pencegahan dan peringatan. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan