PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor JAS Perak

DOE Perak 23/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor JAS Perak
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
23/05/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

07 Mei 2024, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama IPD Batu Gajah melaksanakan  Operasi Ops Gerak bagi kawalan pelepasan asap hitam dari kenderaan enjin diesel bagi memastikan pengguna jalan raya terus mematuhi peraturan lalu lintas.   Operasi ini dijalankan di KM 19,  Jalan Ipoh - Lumut dan fokus menguatkuasaan kawalan pelepasan adalah dari kenderaan   berenjin diesel yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.   JAS Perak telah mengeluarkan sebanyak 2 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 3 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh.   Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.   #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mei2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan