PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH TERUSKAN USAHA MEMBERI KESEDARAN BERKAITAN E-WASTE DAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL AUTOMOTIF KEPADA PIHAK MARA LINER SDN BHD

DOE Kedah 22/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH TERUSKAN USAHA MEMBERI KESEDARAN BERKAITAN E-WASTE DAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL AUTOMOTIF KEPADA PIHAK MARA LINER SDN BHD
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
22/05/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

30 April 2024, Alor Setar Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah memenuhi jemputan dari pihak Mara Liner Sdn Bhd untuk memberi ceramah berkenaan pengurusan buangan elektrik & elektronik isi rumah (ewaste) dan pengurusan buangan terjadual di bengkel automotif. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi, Pegawai Kawalan Alam Sekitar di hadapan 20 orang pekerja yang terlibat dalam penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan bermotor dari pelbagai cawangan Mara Liner seluruh negeri Kedah. Diharapkan agar pihak Mara Liner dapat memahami konsep pengurusan buangan terjadual bagi operasi bengkel automotif dan e-waste agar selaras dengan kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah akan sentiasa menyalurkan informasi dan maklumat terkini berkenaan kesedaran alam sekitar kepada orang awam khususnya di negeri ini serta menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan