PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH DAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE SEMPENA HEALTH SAFETY ENVIRONMENT WEEK ANJURAN SIME DARBY AUTO ENGINEERING SDN BHD, KULIM.

DOE Kedah 22/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH DAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE SEMPENA HEALTH SAFETY ENVIRONMENT WEEK ANJURAN SIME DARBY AUTO ENGINEERING SDN BHD, KULIM.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
22/05/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

29 April 2024, Padang Meha, Kulim Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah dijemput oleh Sime Darby Auto Engineering Sdn Bhd, (SDAE) untuk menjayakan HSE WEEK dengan menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan e-waste. Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi, Pegawai Kawalan Alam Sekitar telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pelupusan e-waste dengan 100 orang kakitangan premis. Dalam program tersebut juga diadakan aktiviti pengumpulan e-waste isi rumah di kalangan warga kerja SDAE yang membawa e-waste dari rumah masing-masing untuk dilupuskan kepada kontraktor yang berdaftar dengan JAS. Sebanyak 303 kg barangan e-waste telah berjaya dikumpulkan. Pihak JAS Kedah merakamkan penghargaan kepada pihak SDAE atas jemputan tersebut. Semoga usaha ini diteruskan oleh pihak SDAE pada masa akan datang dalam melestarikan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan