PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR PATUH - PEMERIKSAAN PEMATUHAN SYARAT LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN BUANGAN TERJADUAL (PYDT-BT) DI DALAM DAERAH KULIM

DOE Kedah 22/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR PATUH - PEMERIKSAAN PEMATUHAN SYARAT LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN BUANGAN TERJADUAL (PYDT-BT) DI DALAM DAERAH KULIM
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
22/05/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

29 April 2024 - Kulim, Kedah Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan penglibatan dua (2) cawangan iaitu JAS Cawangan Kulim dan JAS Cawangan Sungai Petani telah berjaya menjalankan Ops Gempur Patuh - Pemeriksaan Pematuhan Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT-BT) di daerah Kulim yang berakhir pada jam 4.30 petang. Operasi ini disertai oleh Pengarah JAS Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab. Pemeriksaan difokuskan kepada pematuhan terhadap premis-premis yang tertakluk kepada Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989, serta Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perincian dapatan daripada operasi ini boleh dirujuk didalam infografik yang disediakan. JAS Negeri Kedah sentiasa serius dan komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan