PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PAMERAN DAN KEMPEN KESEDARAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

DOE Selangor 21/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN DAN KEMPEN KESEDARAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/05/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Kuala Kubu Bharu, 19 Mei 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2024 di IKB Peretak, Kuala Kubu Bharu. Majlis Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2023 ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amiruddin bin Shari, Menteri Besar Selangor. Pelbagai acara turut diatur melibatkan penyertaan golongan belia daripada seluruh Selangor berlangsung semasa Sambutan Hari Belia Negara 2024 ini. Jabatan Alam Sekitar komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat sebagai salah satu usaha untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar yang mampan dan lestari. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan