PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KAJANG

DOE Selangor 21/05/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KAJANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/05/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Kajang, 12 Mei 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kajang komited menjalankan rondaan dan siasatan aduan pada cuti hujung minggu. Rondaan pencegahan pembakaran terbuka dan pemantauan industri telah dijalankan bagi memantau sebarang unsur yang boleh mencemarkan sungai dan rondaan bagi mencegah pencemaran industri serta memastikan tiada sebarang pelepasan effluen tidak dirawat dilepaskan ke longkang awam. Lokasi rondaan adalah di sekitar Kawasan Perindustrian Bandar Tasik Kesuma Beranang dan Kawasan Perindustrian Kajang Jalan Reko. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pemantauan berterusan di kawasan tersebut akan diteruskan oleh JAS Cawangan Kajang. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan