PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI JOHAN SETIA- 10 MEI 2024

DOE Selangor 21/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI JOHAN SETIA- 10 MEI 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/05/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Klang, 10 Mei 2024 - Pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di kawasan revolusi hijau Johan Setia, Klang telah dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor. Hasil rondaan dan siasatan di lokasi mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan kebun dilakukan. Pemantauan paras air di check dam sekitar kawasan rondaan adalah tinggi. Secara keseluruhan keadaan di lokasi rondaan adalah terkawal. Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan