Penerangan
Shah Alam - Pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menghadiri taklimat bertajuk Integriti Penjawat Awam dan Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2024 yang telah diadakan pada 7 Mei 2024 bertempat di pejabat JAS Negeri Selangor. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Operasi II, Encik Suhaimi bin Azmi.
Seterusnya YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah JAS Selangor telah menyampaikan amanat semasa perhimpunan bulanan kepada semua Pegawai JAS Selangor mengenai kepentingan memelihara etika dan integriti serta tahap profesionalisme semasa bekerja dan berurusan dengan pelanggan