Subang Jaya, 11 Mei 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di kawasan perindustrian Petaling Jaya dan Subang Jaya. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.