Penerangan
Bandar Utama, 2 Mei 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah membuat sesi lawatan tapak dan perbincangan bersama wakil Petron Fuel International Sdn Bhd untuk membincangkan jalinan kerjasama bagi perancangan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) di salah sebuah stesen minyak kendalian syarikat Petron yang bakal diadakan pada bulan Jun 2024. Projek ini telah mula dijalankan pada Februari 2024 sebagai satu usaha untuk menyediakan kemudahan kepada komuniti setempat untuk melupuskan e-waste dengan cara yang betul dan sekaligus meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya e-waste.