Penerangan
Klang, 11 Mei 2024 -.Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di kawasan revolusi hijau Johan Setia, Klang. Semasa rondaan dijalankan, pasukan peronda telah menemui satu tapak sampah haram yang sedang terbakar.Pihak Bomba telah dihubungi untuk memadamkan kebakaran. Hasil rondaan dan siasatan di lain-lain lokasi mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan kebun dilakukan.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.