Penerangan
Kelab Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan T-POT Electric & Electronic Sdn. Bhd berbesar hati ingin menjemput komuniti Shah Alam terutama yang berdekatan dengan Kampung Padang Jawa ke Program Jom Lupus : E-Waste 2024 (Siri 9) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
???? Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu)
??? Masa: 7.00 am - 1.00 pm
?? Tempat: Balai Raya Kg Padang Jawa Petaling, Shah Alam, Selangor
Objektif program:
??Memberi pendedahan akan kepentingan pelupusan E-Waste yang betul kepada masyarakat sebagai salah satu usaha untuk mendidik dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar.
??Memupuk semangat menyayangi alam sekitar dan kepentingan mengitar semula barangan terpakai.
??Meningkatkan kemahiran pengetahuan masyarakat tentang kepentingan E-waste.
?? Kelebihan menyertai program ini:
1.??? ???Berpeluang menukarkan peralatan elektronik tidak terpakai kepada wang ringgit.
2.??? Menambah ilmu pengetahuan berkenaan cara sisa elektronik dilupuskan.
3. Program menarik disediakan seperti membuat ais krim goyang , membuat beg dari kain terpakai dan e-waste ladder.