Penerangan
29 April 2024, KLANG - Bertindak atas aduan yang diterima berkaitan pengeksportan e-waste ke Malaysia, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan pemeriksaan di Pelabuhan Barat melibatkan 29 kontena. Hasil pemeriksaan tersebut mendapati 18 kontena mengandungi e-waste manakala selebihnya mengandungi sekerap logam dan sisa plastik terpakai. Notis Arahan akan dikeluarkan kepada syarikat pengimport untuk memulangkan kontena ke negara asal di bawah prosedur Konvensyen Basel. Untuk rekod, pada tahun ini sahaja sehingga 30 April, JAS Selangor telah mengeluarkan sejumlah 23 Notis Arahan kepada pengimport yang melibatkan sebanyak 93 kontena keseluruhannya dipulangkan ke negara asal sejak Januari lalu. JAS Selangor terus komited untuk membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan dan mengelakkan negeri Selangor dijadikan tempat pelupusan buangan daripada negara asing.