Penerangan
9 Mei 2024, Kuala Selangor - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak?? bersama Cawangan Peronda Lebuh Raya Sektor A1(1) (Sg Buloh-Tg Malim), Zon Tengah A1di Plaza Tol Rawang (U) bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Dalam operasi ini, sejumlah 458 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui sekatan jalan raya di sepanjang tempoh operasi. Dari jumlah tersebut, sebanyak 93 buah kenderaan berenjin diesel telah ditahan untuk menjalani saringan secara visual dan diuji pelepasan asap menggunakan “Smoke Meter??. Berdasarkan saringan tersebut didapati kesemuanya mematuhi had pelepasan asap di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.