Penerangan
Shah Alam, 16 Mei 2024 - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu Kenderaan Berenjin Petrol bermula jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Sejumlah 170 buah kenderaan berenjin petrol pelbagai jenis dan 85 buah motosikal telah melalui sekatan jalan raya di sepanjang masa operasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 buah kenderaan dan 45 buah motosikal telah ditahan dan menjalani ujian pelepasan bahan pencemar bergas Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser??. Manakala Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM telah dikeluarkan kepada pemilik sebuah trak ringan dan 2 buah motorsikal di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Para pemilik kenderaan berenjin petrol adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.