Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT OLEH LABUAN SHIPYARD & ENGINEERING SDN BHD KE JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
01 April 2024, W.P. LABUAN - JASWPL telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Labuan Shipyard And Engineering Sdn. Bhd.
Sesi pengenalan antara pengurusan tertinggi dari pihak Labuan Shipyard And Engineering Sdn. Bhd. dengan pihak pengurusan JASWPL.
Kunjungan ini diadakan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan halatuju produksi dan proses kerja di dalam premis agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Pihak Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. berminat untuk berkolaborasi dalam penganjuran beberapa program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya kepada orang awam.
Adalah diharapkan agar kunjungan dan perbincangan berkaitan bermanfaat demi
memastikan kelestarian alam sekitar di W.P. Labuan kekal terpelihara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_april_2024