10 Mei 2024, Ayer Keroh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPK Melaka Tengah bertempat di Lebuh Ayer Keroh.
Operasi ini melibatkan seramai 11 anggota daripada JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin petrol, pematuhan pelepasan gas motosikal dan kawalan bunyi bising motosikal.
Sebanyak tiga puluh sembilan (39) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua (2) tawaran kompaun dan tiga (3) notis arahan bawah Seksyen 48A, AKAS telah dikeluarkan.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka