Penerangan
7 Mei 2024- Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap dua (2) unit insinerator yang dibina dan beroperasi tanpa Pemberitahuan Bertulis sepertimana kehendak Peraturan 5, Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah melaksanakan POK pada bahagian control panel sistem feeding dan pembakaran insinerator tersebut.
Notis Arahan di bawah Seksyen 31 & 37 dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pematuhan kehendak Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. #kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari