Penerangan
16 Mei 2024, MELAKA - Dua (2) sesi kolokium Protokol Persampelan Buangan Terjadual telah dilaksanakan oleh dua (2) orang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka pada 9 dan 10 Mei 2024 yang lalu bertempat di JAS Negeri Melaka. Objektif kolokium ini adalah memberi kefahaman dan penerangan kepada pegawai penguatkuasa JAS berkenaan persampelan buangan terjadual semasa operasi dijalankan di premis. Aktiviti ini juga akan diteruskan bagi melahirkan pegawai penguatkuasa yang mahir dengan alatan yang berkaitan dengan persampelan buangan terjadual dan bersedia dengan kes-kes pelupusan haram buangan terjadual.
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka