Penerangan
15 MEI 2024, KULAI, JOHOR - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan di kawasan Sengkang bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan lapan ( agensi kerajaan, susulan tiga (3) premis yang menjalankan aktiviti siling kapur tanpa lesen PBT.
Pihak JAS telah mengeluarkan arahan supaya Pelan Penutupan dimaklumkan dan memastikan tiada buangan terjadual yang ditinggalkan selepas premis ditutup. MPKu telah mengeluarkan arahan penutupan premis dan memindahkan aktiviti premis ke lokasi yang bersesuaian dengan Rancangan Tempatan Daerah (RTD).
Pihak industri perlu memastikan lokasi yang ingin dibina kilang mematuhi RTD untuk industri, sama ada ringan, sederhana, berat atau berisiko tinggi.
Agensi terlibat adalah Badan Kawalselia Air Negeri Johor, SWCorp Negeri Johor, Ibupejabat Polis Daerah Kulai, Pejabat Tanah Daerah Kulai, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, Jabatan Pengairan dan Aliran Daerah Kulai, Tenaga Nasional Berhad Daerah Kulai dan Syarikat Air Johor.