9 Mei 2024 MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka melalui Unit Pentadbiran JAS Negeri Melaka dan Unit Integriti JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka daripada 7 hingga 8 Mei 2024. Jemputan telah dikeluarkan kepada seramai 50 orang pegawai JAS Melaka dan JAS Taboh Naning.
Pada hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan ceramah daripada Pegawai Psikologi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah. Ceramah telah disampaikan secara interaksi dua hala diantara penceramah dan peserta. Tajuk-tajuk ceramah adalah seperti berikut:
- Pengurusan Emosi dan Tekanan dalam Persekitaran Tempat Kerja yang Mencabar
- Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengurusan Emosi dan Tekanan
- Memupuk Budaya Kerja Beraura Positif
Pada hari kedua pula para peserta telah didedahkan dengan ceramah Program Bitara Pencegahan Rasuah Alam Sekitar Kerjasama JAS-SPRM daripada Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Selain ceramah berinformasi sesi telah diadakan juga secara gamification bagi menarik minat para peserta selain mengajak peserta berfikir di luar kotak dan mencari pentafsiran serta mesej disebalik setiap permainan. Tajuk-tajuk ceramah adalah seperti berikut:
- Gejala & Virus Rasuah dan Salahguna Kuasa dalam Agensi Penguatkuasaan
- Hubung kait Laporan SPRM dengan Syor Tindakan Tatatertib Pegawai Awam
- Sesi Interaksi dan Penutup
Program seumpama ini merupakan suntikan kepada diri dan jentikan kepada rohani sanubari para peserta supaya menjadi lebih daya tahan (resilient) menghadapi persekitaran kerja yang lebih mencabar demi menjalankan tugas yang diamanahkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama