Penerangan
13 MEI 2024 , SENIBONG COVE - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan siasatan aduan awam tentang pencemaran udara melibatkan habuk dan debu yang mengganggu penduduk berdekatan.
Hasil siasatan di lokasi yang diadu mendapati terdapat aktiviti kacau ganggu tanah dijalankan oleh pihak pemaju dan langkah kawalan yang dilaksanakan tidak mencukupi bagi mengawal pencemaran berlaku dari tapak projek.
Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS.