Penerangan
13 Mei 2024, Kota Tinggi - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Ditetapkan Minyak Kelapa Sawit Mentah di Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak premis. Arahan lapangan dikeluarkan kepada pihak premis agar tindakan pembetulan dilakukan segera.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.