Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Seminar Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 13/05/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
Pada 29 & 30 April 2024, telah berlangsungnya seminar integriti untuk semua warga Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan.
Hari pertama diisi dengan ceramah Pencegahan Rasuah Alam Sekitar yang disampaikan oleh wakil daripada SPRM. Sebanyak tiga (3) sesi telah dijalankan pada hari berkenaan yang menyentuh pelbagai aspek berkaitan salah guna kuasa dalam agensi penguatkuasaan dan cara untuk menyalurkan maklumat kepada SPRM jika terdapat aktiviti berbaur rasuah.
Hari kedua pula merupakan ceramah Pengurusan Emosi dan Tekanan dalam Persekitaran Tempat Kerja yang Mencabar yang disampaikan oleh pakar psikologi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Terdapat banyak pengisian bermanfaat daripada seminar yang berlangsung selama dua (2) hari ini. Semua warga JASNS sangat menghargai jasa baik para penceramah yang hadir dan berkongsi ilmu-ilmu yang diberikan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama