PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS DAERAH BESUT TERENGGANU ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE

DOE Terengganu 27/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS DAERAH BESUT TERENGGANU ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

MAJLIS DAERAH BESUT TERENGGANU ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2024- Program Pengumpulan E-Waste anjuran Majlis Daerah Besut, Terengganu dengan kerjasama Syarikat KT Wan Recycle telah mendapat sambutan yang baik dari orang awam. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari telah mendapat sambutan hangat warga Besut. Program berlangsung di Tapak Pasar Malam , Kg. Raja ini telah dianjurkan pada 18 Mei, Sabtu. JAS Terengganu sentiasa menyokong kerjasama rakan strategik dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Tertinggi, Majlis Daerah Besut dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan