Penerangan
AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA ANTARA ADUAN PENCEMARAN YANG DITERIMA OLEH JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 4 MEI 2024 (SABTU-CUTI HUJUNG MINGGU)
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini.
Rondaan dan pemantauan tertumpu di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada aktiviti pembakaran terbuka dan kes-kes pencemaran dikesan.
Pasukan penguatkuasa turut memasang banner larang pembakaran terbuka dilokasi yang berpotensi aktiviti ini dilakukan. Tindakan proaktif ini dIambil sebagai langkah pencegahan agar aktiviti tersebut tidak dilakukan oleh mana-mana individu terlibat
JAS Terengganu banyak menerima aduan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan yang telah menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam dan persekitaran.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama