Penerangan
FOKUS KEPADA PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI DAERAH KEMAMAN
4 MEI 2024- (SABTU-CUTI HUJUNG MINGGU)
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu (JAS) Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan ini dilakukan sekitar kawasan Chukai,Jakar,Geliga, Gong Pauh,Mak Chili,Binjai,Paman,Ibok,Payoh,Semayor,Kg.Chabang,Kg.Baru,Kerteh,Kemasik,Kijal,Telok Kalong,Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,Bukit Kuang,Kg.Besut,Gong Limau.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan.
Walau bagaimanapun beberapa kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka berlaku, tindakan proaktif pasukan penguatkuasa dengan memasang banner Larangan Pembakaran Terbuka sebagai amaran keras kepada sesiapa sahaja agar aktiviti tersebut tidak diteruskan.
Pemantauan dan pemeriksaan ke atas infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut juga dibuat bagi memastikan ianya berfungsi pada setiap masa.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama