Penerangan
JAS TERENGGANU MENASIHATI ORANG AWAM TIDAK MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA
KUALA TERENGGANU, 3 MEI 2024 (JUMAAT)-CUTI HUJUNG MINGGU
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini.
Rondaan dan pemantauan tertumpu di daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.
Rondaan juga melibatkan kawasan penempatan infrastruktur pencegahan kebakaran iaitu tiub well dan check dam di kawasan yang sering terbakar semasa cuaca panas dan kering.
Pemasangan banner di kawasan berkemungkinan berlakunya pembakaran terbuka juga dilakukan sebagai peringatan dan amaran keras kepada sesiapa yang menjalankan aktiviti ini yang boleh diambil tindakan tegas di bawah Seksyen 29A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan denda maksimum RM 500,000 atau penjara 5 tahun.
JAS sentiasa menasihatkan orang awam agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana aktiviti jelas menjejaskan kesihatan awam dan juga pesekitaran.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama