PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENGERAK PROJEK RAIKAN SAMBUTAN HARI BUMI 2024

DOE Terengganu 24/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGERAK PROJEK RAIKAN SAMBUTAN HARI BUMI 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PENGERAK PROJEK RAIKAN SAMBUTAN HARI BUMI 2024   KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2024- Syarikat SERASI VENTURES  telah  menganjurkan Program HSE-DAY sempena Sambutan Hari Bumi 2024 pada hari Ahad.   Bersempena dengan program ini, satu Ceramah Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar Di Kawasan Tapak Projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam sekeliling iaitu Projek Pembinaan Jalan Ke Kg. Seberang La, Hulu Besut. telah diadakan dan disampaikan oleh Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah.   Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran dan berkongsi ilmu bersama kakitangan JKR Terengganu, Penggerak Projek dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan projek ini  bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar   JAS Terengganu merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat SERASI Ventures, Jabatan Kerja Raya dan semua yang terlibat dalam menyokong dan memberi komitmen melaksanakan program melestarikan alam sekitar ini.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan