PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH  PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 24/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH  PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPERASI MENCEGAH  PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN   KEMAMAN, 20 Mei 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini pada Jumaat.   Hasil operasi ini yang juga melibatkan rondaan dan pemantauan punca-punca pencemaraan di kawasan penempatan kilang-kilang di daerah ini mendapati tiada  pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.   Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat dibeberapa kawasan yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan sebagai amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat melakukan perkara tersebut yang boleh menjejaskan kesejahteraan orang awam dan persekitaran.   Pemeriksaan dan pemantauan fungsi infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut iaitu check dam di Kg Mak Lagam berada dalam keadaan baik.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan