PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU SIASAT  SEGERA LAPORAN TITIK PANAS DI DAERAH DUNGUN

DOE Terengganu 24/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU SIASAT  SEGERA LAPORAN TITIK PANAS DI DAERAH DUNGUN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU SIASAT  SEGERA LAPORAN TITIK PANAS DI DAERAH DUNGUN   KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan siasatan ke atas  dua (2) laporan titik panas (hotspot) di daerah Dungun, 18 Mei Sabtu.   Hasil siasatan mendapati kedua-dua lokasi merupakan hutan belukar dan dalam pemantauan berterusan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu..   Pasukan penguatkuasa juga membuat tinjauan menggunakan drone di lokasi kebakaran tanah gambut di daerah ini. Hasil tinjauan melalui udara didapati kebakaran semakin terkawal.   JAS Terengganu akan terus komited menjalankan pemantauan di kawasan yang berlaku kebakaran hutan berikutan cuaca panas dan kering yang melanda Negeri Terengganu, ketika ini.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan