PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA SIASATAN SEGERA LAPORAN TITIK PANAS (HOTSPOT)

DOE Terengganu 24/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA SIASATAN SEGERA LAPORAN TITIK PANAS (HOTSPOT)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA SIASATAN SEGERA LAPORAN TITIK PANAS (HOTSPOT)   KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus bersiap siaga mengawasi dan memantau pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah Sungai Ikan pada Jumaat..   Walaupun kebakaran pada tapak pelupusan sampah sudah padam sepenuhnya. tetapi keadaan tapak pelupusan sampah tersebut masih berasap dan JAS Terengganu mengambil tindakan proaktif bagi mencegah kejadian kebakaran tapak pelupusan tersebut berulang.   Pasukan penguatkuasa juga menjalankan siasatan ke atas  tiga (3) laporan hotspot di daerah Besut dan satu (1) di Hulu Terengganu.   Kesemua kes ini disiasat di bawah Seksyen 29A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di bawah peruntukan seksyen ini, tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis. Hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan