PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA

DOE Terengganu 24/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA   KEMAMAN, 20 Mei 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini pada Sabtu lalu.   Hasil rondaan dan pemantauan ini, pasukan penguatkuasa menemui aktiviti pembakaran terbuka di hutan Mat Lagam sempadan Terengganu dan Pahang.   Pemantauan dilakukan bersama pasukan rondaan Jas Gebeng dan Pasukan Bomba Chukai, tiada jalan masuk ke lokasi. pihak bomba membuat pemantauan bagi mengelak dari merebak ke kawasan pencawang elektrik dan juga ladang sawit berdekatan.   Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat dibeberapa kawasan yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan sebagai amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat melakukan perkara tersebut yang boleh menjejaskan kesejahteraan orang awam dan persekitaran.   Tiada aktiviti abnormal ditemui semasa pemantauan dijalankan yang juga melibatkan kawasan penempatan kilang di daerah ini.   Pemeriksaan ke atas fungsi infrastruktur check dam di kawasan tanah gambut yang sering terbakar semasa cuaca panas dan kering mendapati ianya berkeadaan baik.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan