Penerangan
MAJLIS DAERAH BESUT TERENGGANU ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN
E-WASTE
KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2024-Penganjuran Program Pengumpulan E-Waste anjuran Majlis Daerah Besut, Terenngganu dengan kerjasama Syarikat KT Wan Recycle telah mendapat sambutan yang baik dari orang awam.
Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12 tengahari telah mendapat sambutan dari orang awam.
Program berlangsung di Tapak Pasar Malam , Kg. Raja ini telah dianjurkan pada 18 Mei, Sabtu.
JAS Terengganu sentiasa menyokong kerjasama rakan strategik dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Tertinggi, Majlis Daerah Besut dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama