Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA "EIA-TRC CADANGAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN BERAT DI DAERAH KEMAMAN
Eiatrc Cadangan Pembangunan Perindustrian Berat Di Atas Pt 23352 dan Pt 23353, Mukim Kertih, Daerah Kemaman, Negeri Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 8 Mei 2024: Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini.
Mesyuarat ini telah membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi Cadangan Pembangunan Perindustrian Berat Daerah Kemaman, Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Puan Hasra Masrifah Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof dan pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Terengganu serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik.
Laporan EIA dibentangkan oleh pemaju dan perunding berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, serta maklumat-maklumat berkaitan komitmen dan jaminan pihak pemaju dalam memastikan cadangan projek diperingkat pembinaan dan operasi nanti mematuhi Akta Kualiti alam Sekeliling 1974..
Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA oleh JAS.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama