Penerangan
SEMINAR PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN HAND-ON ESWIS MENDAPAT SAMBUTAN DIKALANGAN “ COMPETENT PERSON?? PIHAK INDUSTRI DI TERENGGANU
2 MEI 2024, KUALA TERENGGANU
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Kelab Sukan & Kebajikan Alam Sekitar (KASTER)
TELAH berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan Buangan Terjadual Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar Dan Hand-On Eswis pada 30 April, Selasa.
Seminar ini menfokuskan kumpulan sasaran utama iaitu pihak industri yang beroperasi di sekitar Negeri Terengganu agar terus senantiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selain meningkatkan tahap kesedaran dan amalan pengurusan yang lebih sistematik selaras dengan halatuju pengurusan alam sekitar yang diterapkan oleh JAS.
Selain itu, seminar ini juga diadakan bersempena Sambutan Hari Bumi 2024 yang disambut pada setiap tahun pada tanggal 22 April. Sambutan ini adalah sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Tema Hari Bumi pada tahun ini “Planet vs Plastics?? dipilih untuk kita sama-sama bertindak untuk mencapai sasaran pengurangan 60% pengeluaran plastik global menjelang tahun 2040
Seminar yang disertai seramai 80 orang peserta mewakil premis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah JAS Terengganu
Seminar ceramah pengurusan buangan terjadual dikelolakan oleh YBrs. Puan Nur Faezah bin Zali, dan hands on penggunaan sistem eSwis dikelolakan oleh Encik Mohd Fahmi bin Abd. Azis, kedua-duanya merupakan penolong-pengarah JAS Terengganu.
Pada seminar ini juga, penyerahan lesen Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT-BT) turut disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Pengarah JAS Terengganu.
Antara intipati teks ucapan perasmian YBrs. Timbalan Pengarah JAS Terengganu adalah harapan Jabatan, agar pengurusan dan pengendalian Buangan Terjadual, oleh syarikat-syarikat penjana buangan terjadual sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan sekaligus pematuhan kendiri menjadi budaya kerja.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama