Penerangan
9 Mei 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 pada 3 Mei 2024 yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 19, Menara Persekutuan, MITC Melaka. Diantara pengisian majlis adalah bacaan Surah Yaasin, tayangan montaj pegawai yang akan berpindah dan pegawai yang menerima kenaikan pangkat. Selain itu, majlis turut dimeriahkan oleh bekas pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersamai