April 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan operasi gempur pada bulan April 2024 ke atas pusat-pusat servis kenderaan yang terletak di sekitar Kuala Lumpur. Objektif operasi gempur ini adalah untuk memastikan pusat servis kenderaan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Operasi ini melibatkan lapan (8) pasukan dengan kekuatan anggota seramai 24 orang pegawai penguatkuasa.
Pusat servis kenderaan ini menjana buangan terjadual antaranya adalah minyak pelincir terpakai dan bekas/ kelengkapan yang dicemari dengan minyak mineral yang mana tertakluk kepada Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Sebanyak 16 pusat servis kenderaan berjenama telah digempur. 16 Arahan Lapangan (Field Citation), Tujuh (7) Notis Arahan serta enam (6) tawaran kompaun di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
JAS WPKL akan sentiasa serius dan komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]