Penerangan
30 APRIL 2024, GELANG PATAH, JOHOR – Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah) bertindak menjalankan siasatan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti metal surface coating di Taman Perindustrian Dato’ Yunus Sulaiman yang menyebabkan pelepasan habuk daripada proses blasting.
Alat kawalan pencemaran udara gagal diselenggara dan beroperasi dengan baik sehingga menyebabkan pelepasan pencemaran udara yang ketara. Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan bagi menghentikan pencemaran udara serta merta dan langkah-langkah penambahbaikan diambil dengan segera.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.