PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

WEBINAR PERKONGSIAN ILMU DIATAS TALIAN BERTAJUK OPTIMASI SISTEM RAWATAN AIR SISA MELALUI PERSPEKTIF INDUSTRI ANJURAN UNIT PENDIDIKAN DAN SEBARAN MAKLUMAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 09/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
WEBINAR PERKONGSIAN ILMU DIATAS TALIAN BERTAJUK OPTIMASI SISTEM RAWATAN AIR SISA MELALUI PERSPEKTIF INDUSTRI ANJURAN UNIT PENDIDIKAN DAN SEBARAN MAKLUMAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
09/05/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

24 April 2024, MELAKA - Unit Pendidikan dan Sebaran Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah melaksanakan Webinar Perkongsian Ilmu bertajuk Optimasi Sistem Rawatan Air Sisa Melalui Perspektif Industri  pada hari ini. Ceramah telah disampaikan oleh Ts. Anuar bin Ishak, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Malaysia dimana beliau dengan berbesar hati telah berkongsi hasil kajian beliau berkaitan ‘SPC with Machine Learning in WWTP Operations’. Seramai 251 orang peserta daripada pelbagai agensi dari seluruh Negeri Melaka telah menyertai webinar berkenaan. Webinar ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2024 yang bertemakan ‘Planet vs. Plastics’. Adalah menjadi tanggungjawab Professional Alam Sekitar selaras kehendak Seksyen 49A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk memastikan data yang dicerap sesuai untuk dianalisa untuk tindakan lanjut pihak premis bagi tujuan memastikan alat kawalan pencemaran air / udara berfungsi secara optimum dalam mengawal pencemaran yang dilepaskan ke alam sekeliling. Jabatan Alam Sekitar Melaka menyeru kepada semua pemain industri khususnya di Negeri Melaka untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bagi tujuan memberi kesedaran secara berterusan kepada pekerja premis, adalah dialu-alukan untuk menjemput Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka untuk menyampaikan ceramah samada secara fizikal atau diatas talian. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #Jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan