PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN & KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2024

DOE Pulau Pinang 08/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN & KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
08/05/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

6 Mei 2024, - Satu inisiatif telah dilaksanakan oleh LEM Malaysia Sdn Bhd Sempena Sambutan Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2024. Majlis diadakan dengan tema “Greener & Sustainable Working Environment?? disertai oleh Mr. Gregorie Lafore, Pengarah Urusan, LEM Malaysia Sdn Bhd bersama Ts. Azman Shah Bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang dan Ir. Zulkafli Bin Zainuddin, Timbalan Pengarah DOSH Negeri Pulau Pinang. Turut serta dalam majlis ini ialah Pegawai-pegawai JAS Pulau Pinang, Pegawai DOSH Pulau Pinang dan kakitangan syarikat LEM Malaysia Sdn Bhd. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah aktiviti Penanaman Pokok, Pameran dan Program Pengumpulan Bahan Kitar Semula yang bertujuan mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai self-regulation atau pematuhan kendiri yang cakna tentang kepentingan dalam menjaga alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan